Tolak dap. In shaa Allah.

SEBAB UTAMA RAKYAT MENOLAK PH
WARGA SEMENYIH WAJIB TAHU
Viralkan

1 ) Isu PH mansuhkan elaun Petani ,Nelayan dan Pekebun Kecil itu jelas 100% Rakyat menolak PH.

2 ) Isu PH mansuhkan BR1M ganti BSH dapat sikit , mansuhkan BSH untuk orang bujang itu jelas 100% Rakyat menolak PH.

3 ) Isu PH menangani masalah Agama Islam dan perkara yang berkaitan orang melayu tidak memuaskan hati orang melayu kerana campur tangan D4P itu jelas 100% orang melayu menolak PH.

4 ) Isu janji 100 hari Manepestomato bukan janji kitab suci malah PM beri kenyataan “menunaikan janji manepesto akan merugikan kerajaan” rakyat terus ditipu dikencing hancing itu pun jelas 100% rakyat menolak PH.

5 ) Isu Kos Perubatan dan Pendidikan sudah berbeza lebih mahal dengan keadaan ekonomi yang merundum ringgit jatuh teruk dan sikap PH yang angkuh tidak mesra rakyat itu jelas 100% rakyat menolak PH.

6 ) Isu harga sawit jatuh teruk Pekebun peladang sawit mengalami kerugiaan besar begitu juga harga getah itu jelas 100% rakyat menolak PH

7 ) Isu janji PH mansuhkan bayaran PTPTN kepada Pelajar itu pun cukup2 mengecewakan dan sangat jelas 100% rakyat menolak PH.

8 ) Isu Harga Petrol PH jadi kerajaan esok harga Petrol RM1.50 seliter dah terang PH mengencing itu jelas 100% rakyat menolak PH

9 ) Isu janji Mahathir pada Teksi jika PH menang tiada lagi Grab hanya dapat kencing itu jelas 100% pembawa teksi menolak PH.

10) Isu AES dulu PH kecam habis habisan sekrang PH pula yang menambahkan jumlah unit AES di lebuh raya itu jelas 100% rakyat menolak PH.

11) Isu tarif bil air rakyat harus kasihan kan kerajaan dan saman JPJ “i dont care” tiada discount itu jelas 100% rakyat menolak PH.

12) Isu guan eng meluluskan dana untuk sekolah persendirian sjkc tanpa kelulusan Parlimen guan eng guna duit kerjaan macam duit mak bapak dia yang punya itu jelas 100% rakyat menolak PH.

13) Isu bantuan kebajikan kepada ibu tunggal dan warga emas permohonan semula yang amat susah diluluskan pilih bulu, BN dulu RM350 PH RM200 kebawah itu jelas 100% Rakyat menolak PH.

14) Isu GLC hanya dimonopoli oleh D4P dan kroni menambahkan lagi kemarahan rakyat pada PH itu jelas 100% rakyat menolak PH

15) Isu kematian Adib memberikan kesan yang buruk
kepada PH itu jelas rakyat menolak PH.

16 ) Isu gaji minimum RM1,500 PH tak tunaikan itu jelas 100% rakyat menolak PH

17) Isu Yb D4P tidak bersetuju islam agama rasmi negara itu sudah terang2 dan jelas 100% rakyat menolak PH

Dan banyak lagi perkara lain yang kerajaan Pakatan Harapan tidak ambil peduli masalah rakyat

Rakyat lebih GEMBIRA PH tumbang!

Kepada penyokong dan pengundi ph yang masih tegar mungkin kamu bukan dari golongan rakyat yang disenaraikan dalam salinan ini jika kamu masih bersama PH fikir2 lah nasib orang lain rakyat marHen bawahan yang telah memberi undi pada PH pada PRU14 sedang menderita akibat kebodohan kamu.

#AyuhBangkitMelayuBumiPutra
#TolakPHancing

Advertisements

Maaf.

*Maaf Tun, Menurut Biar Berakal.*

YAB Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad baru-baru ini menyeru rakyat Malaysia untuk menyokong kerajaan Pakatan Harapan. Agar mudah untuk kerajaan membuat kerja dan melaksanakan dasar.

Secara umumnya, saya secara peribadi akan sentiasa menyokong dasar yang baik. Kita bukan masyarakat yang taasub berpolitik sepanjang masa sehingga tidak mampu melihat maslahat yang besar dalam sesuatu perkara. Cuma, saya tidak bersetuju dengan seruan semberono dan pukul rata seperti ini atas beberapa alasan.

Pertama, rakyat berhak memilih dan mengkritik. Apabila rakyat, yang sebelum ini dipuji habis-habisan kerana berani menukar kerajaan, mengecam prestasi Kerajaan semasa, ia adalah sesuatu yang mesti terus diraikan. Tidak boleh double standard dan memuji keberanian rakyat secara berpilih-pilih mengikut apa yang menyebelahi Pakatan Harapan sahaja.

Jika rakyat bersedia menukar kerajaan, sudah pastilah mereka sangat matang untuk menilai sama ada sesuatu dasar kerajaan itu wajar disokong atau sebaliknya. Mereka punya kebebasan tersebut.

Kedua, rakyat mempamerkan rasa tidak puas hati bukan secara suka-suka. Tetapi, kekecewaan mereka bersebab dan berasas.

Saya yakin rakyat Malaysia hari ini sangat kecewa dan berasa tertipu. Bukan sahaja dengan ketiadaan dasar dan hala tuju negara yang jelas. Tetapi dengan sikap dan pendekatan semasa yang dilihat sangat tidak mesra rakyat.

Misalnya, tindakan tidak sensitif dalam mengusulkan ratifikasi ICERD sebelum ini yang menimbulkan kemarahan orang Islam, keputusan untuk tidak meneruskan rayuan dalam kes Pulau Batu Putih, melepaskan aset-aset strategik negara dan Bumiputera. Semua ini mengundang persoalan dan kerisauan.

Malah, sesetengah dasar negara hari ini adalah mengelirukan. Cadangan mengeluarkan kereta nasional ketiga misalnya. Perkara ini adalah tidak cermat kerana tiada sebarang keperluan mendesak. Sebaliknya memerlukan dana yang sangat besar dan dahsyat saiznya dari Kerajaan.

Demikian juga dalam isu kerjasama dan perdagangan dengan negara China. Sebelum ini, tindakan berbaik dan rapat dengan negara komunis tersebut digambarkan sebagai sangat teruk dan mampu menggugat kedaulatan negara. Tetapi kini, Kerajaan mengerahkan segala sumber yang ada demi menarik masuk pelaburan dari China.

Selain itu saya lihat banyak sekali dasar dan keputusan kerajaan hari ini yang dibuat tanpa terlebih dahulu mendapatkan maklum balas, saranan serta input dari masyarakat dan pihak yang bakal terkesan dengan keputusan tersebut.

Terbaharu, lihat sahaja inisiatif Kementerian Pelajaran yang berhasrat memastikan perhimpunan sekolah tidak lebih dari 10 minit. Perkara ini mengundang kegusaran dan penolakan yang besar dari kalangan guru yang melihatnya sebagai tidak logik, tidak praktikal dan begitu menggambarkan ketidakfahaman kementerian tentang bagaimana sekolah diuruskan.

Dalam hal yang lain, keluhan dan kekecewaan juga disuarakan apabila Kerajaan, tidak semena-mena memutuskan untuk membatalkan subsidi haji kepada mahram atau pengiring jemaah yang terpilih. Jika Kerajaan BN sebelum ini mampu melakukannya tanpa masalah, mengapa kini semua perkara mesti diubah dengan cara yang akhirnya menyusahkan rakyat?

Jadi, dalam segala kekalutan dasar seperti ini, adakah YAB Tun masih mengharapkan rakyat hanya menyokong dan menurut secara membuta tuli sahaja? Tentu tidak. Inikan Malaysia Baharu.

Ketiga, saya sangat berharap yang Tun Mahathir melihat dan menerima dengan terbuka bahawa mentaliti menyalahkan orang lain masih menebal, malah semakin teruk di kalangan kabinet kerajaan. Segala-galanya salah orang lain.

Sedangkan sangat jelas, selepas 9 bulan pentadbiran PH, tiada dasar baharu yang benar-benar memberikan manfaat kepada rakyat secara besar-besaran. Bukan rakyat tidak sabar atau menuntut sesuatu di luar kelaziman dan kewarasan. Tetapi, Kerajaan hari ini harus sedar, pra PRU14 PH sendiri yang telah ke hulu dan hilir mencanang bahawa mereka sudah mempunyai formula bagaimana segala masalah negara harus diselesaikan. Tinggal untuk dilaksanakan sahaja. Jadi, apa alasannya sekarang?

Tidak mungkin kita mahu terus bermain dengan naratif hutang negara yang besar. Terakhir, saya melihat seruan menyokong kerajaan tersebut seolah-olah satu tamparan tersirat kepada rakyat. Sepertinya rakyatlah punca kenapa segala dasar dan pelan kerajaan hari ini gagal, tertangguh atau terpaksa dibatalkan.

Sedangkan, hakikatnya jelas. Pelan-pelan dan inisiatif kerajaan hari ini yang tidak realistik, tidak mengambil kira keperluan rakyat dan yang paling penting, tidak disandarkan pada satu hala tuju yang jelas.

Saya faham kekecewaan Tun Mahathir. Hampir semua menteri yang tidak lekang dengan kontroversi rata-ratanya dari Bersatu. Ijazah palsu, tidak tamat belajar, dan pelbagai masalah integriti yang lain. Sudah pastilah perkara ini memalukan beliau.

Tetapi, tidak semua perkara harus dipulangkan kepada rakyat. Rakyat berhak memilih, berhak mengkritik dan berhak menuntut apa yang mereka rasakan terbaik untuk mereka dan untuk Malaysia. Rakyat tidak lagi akan menyokong secara membuta tuli. Dalam semangat Malaysia baharu, kita percaya pada satu perkara – menurut biar berakal.

*Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin*
*Naib Presiden UMNO*
*18 Febuari 2019*